Spider Tony Iskandar

Tony mengasaskan bersama kumpulan Spider bersama Tam (vokal dan gitar), Nafie (gitaris utama), dan Yem (dram, kemudian digantikan oleh Aie) semasa penubuhan kumpulan ini pada 1996. Kumpulan ini menandatangani kontrak bersama Luncai Emas milik M. Nasir, sejak itu Spider diambil sebagai kakitangan tetap Luncai Emas. Album pertama mereka Ngam Ho dikeluarkan pada 1999 dengan mempertaruhkan lagu "Mungkinkah Terjadi" sebagai single pertama. Sejak itu, Tony bersama kumpulan Spider menerbitkan lima lagi album yang kesemuanya meraih kejayaan komersial.[2] Tony meninggalkan Spider pada 2012 untuk memulakan kerjaya sebagai pemuzik bebas sekaligus menumpukan perhatian kepada aktiviti penerbitan muzik. Tempat beliau sebagai pemain bes digantikan oleh Is, bekas pemain bes kumpulan Bau.[3]

Rujukan

WikiPedia: Tony Iskandar https://www.astroawani.com/berita-malaysia/negara-... https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=1977322 https://www.budiey.com/disahkan-negatif-covid-19-j... https://www.discogs.com/artist/5900159-Tony-Albert... https://origin.bharian.com.my/hiburan/selebriti/20... https://www.klik.com.my/item/story/421411/apabila-... https://www.kosmo.com.my/2021/07/01/jenazah-tony-s... https://www.mstar.com.my/spotlight/hiburan/2021/06... https://www.sinarharian.com.my/article/147171/BERI...